Friday, 28 August 2015

Penarafan Lorong PPDa 2015

AirplaneThumbs upStarRed rose

Penghakiman Pertandingan Anugerah Laluan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), peringkat negeri telah diadakan pada Ogos 26, 2015. Panel hakim yang terdiri daripada Encik Nasir Bin Salem, Ketua Penyelia PPDa dan Encik Zamahri Bin Piee, Penyelia PPDa disambut ketibaan oleh Encik Wong Hing, Guru Besar SJKC Kwang Chien. Setibanya di perkarangan sekolah, mereka disambut oleh pasukan Kompang sekolah dan tarian rampaian 1 Malaysia. Turut hadir bersama ialah Puan Rennya, Penolong Penyelia, Unit HEM dari Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei.

Majlis dimulakan dengan juru acara, adik Maiwarda menjemput adik Abdul Rahim untuk membaca doa selamat. Selepas itu, dijemput Guru Besar, Encik Wong Hing untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Seterusnya, majlis menjemput Encik James Wong Huang Chiew untuk membentangkan profil PPDa melalui power point. Beliau telah menjelaskan setiap sliad kepada para hakim.

Selepas itu, panel hakim dibawa oleh pengawas-pengawas PPDa untuk melawat Laluan PPDa. Pengawas-pengawas PPDa menerangkan maklumat-maklumat yang terpapar di Laluan PPDa kepada panel hakim. Panel hakim membuat pemeriksaan terhadap dokumen-dokumen dan fail-fail PPDa.
Di akhir sesi penghakiman, Encik Nasir, Encik Zamahri membuat rumusan tentang penghakiman yang dibuat.

Sesi berakhir dengan menyampaikan tanda mata kepada panel hakim dan Puan Rennya.
Pihak sekolah merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada panel hakim yang memberi bimbingan untuk penambahbaikan Laluan PPDa, Puan Rennya atas bimbingan dan dorongan kepada kami serta Penolong Kanan HEM dan ahli-ahli jawatankuasa PPDa yang bertungkus-lumus menjayakan program PPDa ini.

10626703_735191826609203_9027309060516123115_n11051918_735195769942142_4814684400763794719_n11223496_735203826608003_5931447813181791068_n