Wednesday, 10 June 2015

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

        Kajian tindakan pada kali ini telah mengambil masa selama sebulan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesedaran bahayanya merokok di kalangan murid tahun 4 SJKC Kwang Chien, Sarikei. Persoalan utama yang dikaji iaitu pengetahuan am tentang rokok, pengaruhan rokok dan persepsi berkaitan rokok di kalangan murid. Kajian ini melibatkan 81 orang murid tahun 4 SJKC Kwang Chien, Sarikei. Cadangan pengumpulan dan penganalisisan data kajian ini dalam bentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis bagi mendapatkan tahap kesedaran tentang rokok di kalangan murid tahun 4. kajian ini dapat memberikan pendidikan pencegahan merokok di kalangan murid tahun 4.




         Pada masa yang sama, pengkaji telah menjalankan suatu lagi kajian tindakan ke atas murid-murid tahun 5 mengenai kebahayaan ganja terhadap kesihatan badan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesedaran bahayanya penggunaan ganja di kalangan murid tahun 5 SJKC Kwang Chien, Sarikei. Persoalan utama yang dikaji iaitu pengetahuan am murid mengenai ganja dan bahaya penggunaan ganja terhadap kehidupan seharian. Kajian ini melibatkan 70 orang murid tahun 5 SJKC Kwang Chien, Sarikei. Responden dipilih secara rawak dalam kalangan murid tahun 5. Cadangan pengumpulan dan penganalisisan data kajian ini dalam bentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis bagi memperoleh data berkaitan dengan tahap kesedaran terhadap ganja di kalangan murid tahun 5. Kajian ini memberikan pendidikan kesedaran terhadap ganja di kalangan murid tahun 5.