Friday, 29 May 2015

Friday, 8 May 2015

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2015

         Pihak PPDa Kwang Chien berharap akan menjalankan dua kajian tindakan berkaitan dengan kesedaran bahayanya dadah sepanjang tahun 2015. 
            
          Cadangan yang pertama ini dikemukana dikemukakan adalah untuk mengenal pasti kesedaran bahayanya merokok di kalangan murid tahun 4 SJKC Kwang Chien, Sarikei. Persoalan utama yang dikaji iaitu pengetahuan am tentang rokok, pengaruhan rokok dan persepsi berkaitan rokok di kalangan murid. Cadangan kajian ini melibatkan 81 orang murid tahun 4 SJKC Kwang Chien, Sarikei. Cadangan pengumpulan dan penganalisisan data kajian ini dalam bentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan min. Cadangan kajian ini diharapkan dapat memberikan pendidikan pencegahan merokok di kalangan murid tahun 4.

       
        Cadangan Kajian Tindakan yang kedua ini dikemukakan adalah untuk mengenal pasti kesedaran bahayanya penggunaan ganja di kalangan murid tahun 5 SJKC Kwang Chien, Sarikei. Persoalan utama yang dikaji iaitu pengetahuan am murid mengenai ganja dan bahaya penggunaan ganja terhadap kehidupan seharian. Cadangan kajian ini melibatkan 50 orang murid tahun 5 SJKC Kwang Chien, Sarikei. Responden dipilih secara rawak dalam kalangan murid tahun 5. Cadangan pengumpulan dan penganalisisan data kajian ini dalam bentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan min. Cadangan kajian ini diharapkan dapat memberikan pendidikan kesedaran terhadap ganja di kalangan murid tahun 5.